Class terakhir semester ketiga.
Assalamualaikum Warrohmatullahi Wabarokatuh. Allahu lamanya tak meng-update blog yang dah sekian lama tersadai ni. Bukan apa, semester ketiga ni adalah short semester. Tak ada masa nak update blog hari hari. Okay melalut dah :D . Bermacam perkara yang berlaku since short semester ni.
Jumaat, 25/1/2013 hari terakhir class untuk semester yang ketiga ni. Next semester ialah semester yang terakhir dalam program foundation. Then terus naik HND. Tinggal baki 2 tahun suku lagi lah study kat hutan ni. Hahaha :D
Okay, first thing yang Eka nak bagitahu, Eka akan pindah rumah Nor. Block Nor sama je dengan block Eka, cuma dia tingkat 2. Eka tingkat 3. So Eka akan masuk Room 1 iaitu bilik yang menghadap ke playground. So nanti bila dah duduk rumah Nor, bajet kena tinggi sebab Nor pasang Astro. Then, belanja rumah kena kongsi. Bolehlah. Sebab kalau Eka nak stay jugak dalam hostel asal Eka, nanti Eka bosan. Yelah, Wanny (roommate) dah pindah. Izah (housemate) pulak taktahu pergi mana. Kata nak berhenti. So daripada Eka duduk situ sorang sorang baik Eka pindah hostel Nor. Kebetulan hostel Nor ada bilik kosong satu. Lagi satu rumah Eka tu "KERAS" sikit. Tiap pukul 2 pagi jee mesti ada "SOMETHING" yang mengganggu. Alhamdulillah Eka tak pernah "TERSEREMPAK" lagi dengan benda tu.
Second thing pula, Eka sekarang makin rapat dengan kawan kawan yang dah lama Eka kenal cuma baru rapat sekarang. Orang orang itu ialah:
![]() |
| Haffiqqah @ Kak Iqah |
![]() |
| NorfadilahNirman @ Nor |
![]() |
| Kiki Maria @ Kikie |
![]() |
| Nurul Ikmah @ Nurul |
![]() |
| Eka Camelya @ Eka babah |
![]() |
| Shahira Tajudin @ Eyra |
Alhamdulillah. Lepas Eka kenal diorang dengan lebih rapat barulah Eka tahu perangai diorang ni sebenarnya segila gila eka jugak. So Eka boleh masuk lah dalam kepala diorang.
Jari dah mula berat nak menaip. Amboi mentanglah class dah habis, mata ni asyik berat jee minta tidur. Haha :D Btw, lusa baru Eka start study. Eka akan focus pada Pengajian Malaysia dulu. Lepastu baru focus pada Accounting 2. Okaylah. Biarkan coretan Eka berakhir di sini. Akhir kata, Eka ucapkan salam Maulidur Rasul pada semua Umat Islam yang ada kat dunia. Perbanyakkanlah selawat pada junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad saw. Bukan hanya pada hari kelahiran Baginda sahaja tau! Malah hari hari lain pun berselawatlah juga. Wallahualam :)
Panda Says: Sebenarnya tak sabar nak tunggu cuti semester. Balik tanah tumpah darahku Johor Bahru bersama insan dikasihi Fadlan Liew ♥









Comments